picture

News

 

DATO SRI LEE KIM SHIN KETUAI ROMBONGAN MOTS KE AWISAR

Posted on 29 Mar 2023
Source of News: Edisi UKAS

23 Mac, KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin telah mengetuai rombongan kementeriannya dalam lawatan rasmi ke ‘Automotive and Welding Institute of Sarawak’ (AWISAR) di Pusat Industri Demak Laut di sini pada Rabu. 

Rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) itu antara lain turut disertai oleh Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir Alice Jawan Empaling dan Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Julin Alen. 

Ketibaan Dato Sri Lee serta rombongan di situ telah disambut oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Institusi Pembelajaran Sarawak Skills (Sarawak Skills) merangkap Pengerusi Gabungan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) Hallman Sabri, Pengurus Besar AWISAR Ts. Jaidil Yakop, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd Ts. Mazli Mustaffa, Ketua Penolong Setiausaha (Perancangan Tenaga Kerja) Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Khaninah Ariff serta pegawai lain. 

Dalam lawatan kerja tersebut, rombongan MOTS telah melawat fasiliti-fasiliti AWISAR serta diberikan taklimat berkaitan perkembangan terkini Sarawak Skills termasuk pembangunan pusat-pusat Latihan seperti ‘Advanced Automotive Training College’ (AATC) di Kuching, Pusat Latihan Sarawak Skills Sri Aman serta Pusat Latihan Automotif Sibu. 

Dalam pada itu, Dato Sri Lee memberitahu, AWISAR sebagai hab latihan automotif memainkan peranan penting dalam menyokong sektor pengangkutan di Sarawak.

“Ini terutamanya dalam perihal memudahkan pembangunan tenaga kerja dengan kemahiran khusus dalam penyelenggaraan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV),” katanya.

Beliau turut mengambil maklum bahawa AWISAR bersama Sarawak Metro Sdn Bhd sedang menerokai inisiatif pembangunan bakat bagi menyokong sistem Transit Aliran Autonomi (ART) serta aplikasi teknologi berkaitan hidrogen. 

Manakala, Hallman dalam ucapan aluannya memberitahu, Sarawak Skills berbangga untuk melengkapkan kerajaan dan industri dalam usaha bersama untuk membangunkan modal insan negeri dan negara. 

“Sumbangan kerajaan dan ahli-ahli Sarawak Skills terhadap pembangunan bakat telah memudahkan transformasi landskap ekonomi dan digital negeri ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Dengan sokongan kerajaan serta rakan-rakan strategik industri termasuk Sarawak Metro Sdn Bhd, kami akan dapat meningkatkan usaha bersama bagi membangunkan tenaga kerja dan menyokong inisiatif ekonomi hijau dan biru di Sarawak,” katanya.



Edisi UKAS



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement