picture

News

 

AIRASIA PERKENAL KEMPEN TAMBANG TETAP, ELAK KENAIKAN MENDADAK

Posted on 29 Mar 2023
Source of News: Edisi UKAS

22 Mac, KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah mengadakan perbincangan bersama Syarikat Penerbangan AirAsia untuk menambah penerbangan ke Sarawak sempena Hari Raya, cuti sekolah dan pada musim perayaan yang akan datang. 

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin telah menyuarakan kebimbangan rakyat terhadap isu untuk menempah tiket penerbangan pulang ke kampung halaman lantaran tempat duduk yang terhad dan harga tambang yang terlalu tinggi.

Melalui perbincangan tersebut, Pegawai Perhubungan Sarawak AirAsia Berhad, Hamdan Mohamad menegaskan bahawa AirAsia telah melancarkan Kempen Tambang Tetap pada RM199 sehala untuk mengelakkan kenaikan mendadak tambang penerbangan.

Beliau turut menasihati rakyat untuk menempah tiket penerbangan seawal yang mungkin.

Dalam pada itu, Dato Sri Lee Kim Shin meminta AirAsia untuk memperkenalkan kembali penerbangan Kuching-Shenzhen-Kuching. 

Tambahnya, MOTS juga telah mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan di dalam perniagaan, pelancongan dan logistik dan mereka menyokong usaha AirAsia untuk mengaktifkan semula penerbangan tersebut. 

Beliau berharap, syarikat penerbangan boleh menawarkan penerbangan ke Sarawak dan penerbangan domestik di negeri ini dengan lebih kerap. 

Ujarnya, hal ini untuk memastikan tambang penerbangan dihadkan pada harga yang berpatutan agar rakyat Sarawak boleh pulang ke kampung halaman terutamanya pada musim perayaan. 

Turur hadir Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir. Alice Jawan, Ketua Bahagian Penerbangan MOTS Zulkarnain Rosli dan Penasihat Teknikal Bahagian Penerbangan Sio Yew Hua.


Edisi UKAS



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement