News

 

DATO SRI LEE KETUAI ROMBONGAN KE PERSIDANGAN FESTIVAL PENERBANGAN ASIA 2023

Posted on 28 Feb 2023
Source of News: Edisi UKAS

 

28 Februari, SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengetuai rombongan kementeriannya menghadiri Persidangan Festival Penerbangan Asia 2023 di Singapura pada 28 Februari hingga 1 Mac ini.

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dalam satu kenyataan media pada Selasa memberitahu, turut mengiringi rombongan Dato Sri Lee adalah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil dan Setiausaha Tetap MOTS, Dato Ir Alice Jawan Empaling.

Antara tujuan menyertai persidangan tersebut adalah untuk mendapatkan pengetahuan daripada syarikat penerbangan dan pakar industri penerbangan untuk mengikuti perkembangan arah aliran penerbangan terkini.

Selain itu, rombongan tersebut juga berpeluang untuk mengadakan perbincangan meja bulat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Berhad Tan Sri Tony Fernandes untuk menerokai kemungkinan memacu sektor penerbangan di Sarawak.


Edisi UKAS

 
 
 

 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 31 May 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement