picture

News

 

MOTS SAMBUT BAIK PENINGKATAN TEMPOH PEMBAHARUAN MAKSIMUM LESEN MEMANDU

Posted on 05 May 2023
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) menyambut baik inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meningkatkan tempoh maksimum pembaharuan Lesen Memandu Malaysia daripada lima kepada 10 tahun bermula 8 Mei tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inisiatif ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat berkaitan pengurusan lesen dan kosnya.

“Diskaun istimewa yang diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen selama 10 tahun pastinya memberikan sedikit penjimatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Dato Sri Lee menambah, inisiatif itu juga akan menjimatkan masa dan kos perjalanan bagi penduduk luar bandar yang tinggal berjauhan dengan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jelasnya, ini kerana dengan polisi sedemikian mereka hanya perlu datang sekali sahaja dalam masa 10 tahun untuk memperbaharui lesen memandu mereka.



Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement