News

 

SPRM SARAWAK BERKOLABORASI DENGAN MOTS MEMERANGI RASUAH MELALUI PEMBUDAYAAN INTEGRITI DAN ANTIRASUAH DI KALANGAN PENGUATKUASA LSS WILAYAH TENGAH

Posted on 02 Jul 2024
Source of News: FB SPRM Sarawak
sprm sibu 1

Sibu, 27 Jun 2024 – Seramai 40 orang pegawai dan penguatkuasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah Tengah di bawah Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah menghadiri Program Jelajah Integriti Bersama Agensi MOTS Siri 2/2024 yang diadakan di Hotel Paramount, Sibu. Program dua hari berkenaan telah diadakan pada 26 hingga 27 Jun 2024 yang melibatkan penguatkuasa LSS di Wilayah Tengah Sarawak dari Bahagian Sibu, Kapit, Sarikei, Song dan Bakun.
Program kolaborasi selama 2 hari berkenaan telah dirasmikan oleh En Elvis Didit, Ketua Bahagian Bahagian Pengurusan Koporat MOTS pada 26 Jun 2024. Program pada hari kedua pula dimulakan dengan sesi perkongsian “Pengenalan Kepada SPRM” oleh PPj Mardiana binti Han, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak. Selesai sesi tersebut, program diteruskan dengan perkongsian modul antirasuah yang disampaikan oleh PsK Maini William dan PPs Mohd Hisyamuddin bin Mustafa Harruddin dengan tajuk ceramah “Kesalahan Utama Akta SPRM” dan “Punca Kesan & Simptom Rasuah Dalam Organisasi serta Pencegahan Rasuah Dalam Organisasi”. Dalam menyampaikan perkongsian berkenaan, turut ditekankan dalam sesi ceramah adalah berkaitan kesalahan yang kerap berlaku dalam tugas penguatkuasaan serta cabaran kepada penguatkuasa untuk menolak rasuah dan menjaga integriti dalam melaksanakan tugasan masing-masing.
Para peserta memberi respon yang positif sepanjang program berlangsung dengan mengemukakan pelbagai persoalan bagi tujuan mendapatkan penerangan yang lebih jelas berkaitan kesalahan jenayah rasuah. Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil oleh En Elvis Didit, Ketua Bahagian Bahagian Pengurusan Korporat MOTS.

#SPRMPencegahan
#SPRMSarawak
#SikMokRasuah
#RasuahDihinaMaruahDibina

Disediakan oleh :
Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 19 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement