picture

News

 

PROJEK ART TRANSFORMASI SEKTOR PENGANGKUTAN SARAWAK

Posted on 22 May 2023
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dalam mentransformasikan sektor pengangkutan di negeri ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sistem ART direka bentuk untuk menyediakan mod pengangkutan awam yang lebih dipercayai, cekap dan mampan untuk rakyat.

“Hal ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan mobiliti di bandar.

“Kuching juga adalah bandar pertama di luar China yang melaksanakan sistem hidrogen ART,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dato Sri Lee memberitahu, anggaran kos bagi laluan ART di Kuching pada masa ini adalah kira-kira RM70 juta setiap kilometer berbanding RM270.27 juta setiap kilometer bagi LRT di Lembah Klang.

Beliau menambah bahawa sistem tersebut boleh diperkembangkan dan diubah suai dengan mudah.

“Ini bagi memenuhi keperluan pengangkutan yang berubah-ubah kerana kenderaan ART lebih fleksibel di mana ia boleh ditambah atau dikeluarkan daripada sistem rangkaian tanpa menjejaskan operasi keseluruhan,” katanya lagi.

Sementara itu ujarnya, ART Kuching akan menjadi pilihan pengangkutan yang lebih mampan selaras dengan matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penggunaan tenaga hidrogen.




Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement