PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA PEJABAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK KE PEJABAT TRANSIT BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN PEJABAT
Pejabat Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) akan beroperasi secara sementara di Pejabat Transit berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Perpindahan sementara ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat yang akan melibatkan pejabat MOTS di Tingkat 3, Bangunan Baitul Makmur 1.
Sehubungan itu, segala urusan rasmi atau surat menyurat berkaitan sepanjang tempoh tersebut hendaklah dialamatkan ke alamat berikut:
Kementerian Pengangkutan, Sarawak (Pejabat Transit)
Tingkat 1, Sayap Kiri
Bangunan Baitul Makmur 2
93050 Kuching, Sarawak
Tel. : 082-472 500
Faks : 082-472 600