News

 

SARAWAK CIPTA SEJARAH, SAF KELUARAN SARAWAK DIGUNAKAN PESAWAT A220-300

Posted on 22 May 2023
Source of News: Edisi UKAS
 

KUCHING: Kerajaan Sarawak mencipta sejarah tersendiri dalam industri penerbangan apabila pesawat jenis Airbus 220-300 buat pertama kalinya terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Pulau Langkawi dengan menggunakan Bahan Api Penerbangan Yang Mampan (SAF) keluaran negeri ini. 

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kejayaan ini merupakan satu sejarah dan kebanggaan buat anak-anak Sarawak. 

“Hari ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang OpenG telah menaiki pesawat tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Pulau Langkawi dengan SAF buatan Sarawak.

“Inilah satu kebanggaan kita sebagai anak-anak Sarawak,” ujarnya semasa sidang media dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Isnin.

Tambah beliau, SAF merupakan satu tenaga hijau yang menjanjikan masa depan yang baik buat industri penerbangan dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negeri ini.



Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 19 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement