News

 

MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK TAHUN 2022

Posted on 07 Oct 2022
Source of News: MOTS News

 

 
KUCHING - Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menganjurkan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif bertempat di Bilik Seminar, Baitulmakmur II, Kuching. Perasmian mini konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan II (Sungai dan Laut).

Johan telah dimenangi oleh kumpulan INNOCREA dengan tajuk projek "Memperkasakan Sistem Pangkalan Data Sektor Pengangkutan Awam Sarawak". Naib Johan pula adalah kumpulan TRANSPORTE dengan tajuk projek "Analytical Monitoring Platform for RM1 Flat Bus Fare Subsidy Programme". Manakala kumpulan NO FEARS memenangi tempat ketiga dengan tajuk "Flood Early Alert Respond System".

Ini merupakan mini konvensyen yang julung kali diadakan oleh pihak Kementerian.







image Polls
image Announcement