News

 

MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN & RAPAT RAKSASA SAMBUTAN HARI JADI KE-86 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2022

Posted on 08 Oct 2022
Source of News: MOTS News

 
MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN & RAPAT RAKSASA SAMBUTAN HARI JADI KE-86 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2022
 
 
MIRI - Bersempena dengan Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Jadi Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak tahun 2022, Kementerian Pengangkutan Sarawak yang diwakili oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah berjaya merangkul tempat ke-3 kontijen terbaik bagi kategori kementerian. Johan telah dimenangi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna manakala naib johan pula adalah Kementerian Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak. Senarai penuh untuk semua kategori adalah seperti berikut: Kategori Kementerian: 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 2. Kementerian Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak 3. Kementerian Pengangkutan Sarawak. Kategori Jabatan: 1. Jabatan Tanah dan Survei 2. Jabatan Imigresen Malaysia 3. Jabatan Pengangkutan Jalan. Kategori Pejabat Residen dan Daerah: 1. Pentadbiran Bahagian Serian 2. Pentadbiran Bahagian Sarikei 3. Pentadbiran Bahagian Kapit. Kategori Badan Berkanun: Dewan Bandaraya Kuching Utara 2. Lembaga Kemajuan Bintulu 3. Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Kategori IPTA/IPTS/Swasta: 1. UNIMAS 2. PETRONAS 3. Bintulu Port Holding. Kategori Persatuan: 1. PBSM 2. Melanau Miri 3. Tuai Rumah Daerah Beluru.



MOTS News









image Polls
image Announcement