News

 

PROGRAM KOMUNITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH ALUR NAVIGASI SUNGAI

Posted on 09 Oct 2022
Source of News: MOTS News
 
PROGRAM KOMUNITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH ALUR NAVIGASI SUNGAI DI LONG KEBUHO, EMPANGAN BAKUN
 
BAKUN - Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengadakan Program Komuniti Gotong Royong Membersih Alur Navigasi Sungai bertempat di Rumah Aging, Long Kebuho, Bakun. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Yang Berhormat Dato' Harry Henry Jinep, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Pegawai Daerah Belaga dan pemimpin masyarakat tempatan.

Program ini telah memberi peluang kepada menteri untuk turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan yang berada di kawasan Empangan Bakun. Setelah membuat tinjauan, Yang Berhormat mengarahkan agar pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk melaksanakan keperluan navigasi sungai di kawasan itu seperti Alat Bantuan Pelayaran (AtoNs), papan nama, lampu penunjuk arah dan aktiviti-aktiviti tambahan yang masih diperlukan.



MOTS News







Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement