News

 

SAMBUTAN HARI INTEGRITI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK TAHUN 2022

11 Oct 2022

 

 
KUCHING - Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengadakan sambutan Hari Integriti Kementerian Pengangkutan Sarawak Tahun 2022. Matlamat sambutan Hari Integriti ini adalah untuk memantapkan integriti dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan warga Kementerian Pengangkutan Sarawak. Selain itu, sambutan ini juga dapat menyebarluaskan mesej-mesej integriti dan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan serta mewujudkan budaya berintegriti di Kementerian Pengangkutan Sarawak.
 

 
Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Pelancaran Logo Rasmi Integriti MOTS, Penyerahan Buku OACP kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Sarawak dan Sesi Ceramah yang bertajuk "Isu Salah Laku dan Rasuah di Kalangan Penjawat Awam Negeri Sarawak (GLC/Badan Berkanun).
 
 


Copyright ©2020 Sarawak Government Last Updated On 03 Mar 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 3:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 3:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement