picture

News

 

LAWATAN KERJA YB MENTERI PENGANGKUTAN, SARAWAK DAN ROMBONGAN KE EMPANGAN BENGOH DAN TASIK DANU, SERIAN

Posted on 13 Oct 2022
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
 

Menteri Pengangkutan, YB Dato Sri Lee Kim Shin, telah mengadakan lawatan kerja ke Empangan Bengoh. Tujuan program lawatan kerja ini merupakan satu inisiatif dan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dengan objektif utama untuk menanam dan meningkatkan kesedaran awam berkenaan pentingnya keselamatan pengangkutan sungai dan pemeliharaan kebersihan sungai serta persekitarannya.

YB Menteri Pengangkutan, dan rombongan telah membuat tinjauan ke Pengkalan Muk Ayun, Pengkalan Rarag, Pengkalan Dayak, Pengkalan Nyegor dan dan berakhir di Pengkalan Kandung yang memakan masa 40 minit dari jeti perlepasan.

Dalam ucapan YB Menteri Pengangkutan Sarawak di Pengkalan Kandung, Kampung Sting, beliau menyeru agar pihak pengusaha bot, pelancong serta komuniti setempat sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam membantu pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak terus merancang program-program sedemikian pada masa akan datang.

Beliau juga berharap komuniti setempat dan pihak pengusaha bot pelancong masih mengutamakan betapa pentingnya memelihara sungai yang menjadi sumber air, ekonomi dan pengangkutan utama. Tambah beliau lagi, bagi memastikan dan meneruskan pengangkutan sungai yang selamat. Kementerian Pengangkutan Sarawak melalui Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah memperuntukan sebanyak RM250,000.00 untuk tujuan pemasangan lima (5) unit Riverine Traffic Signage di Kawasan Empangan Bengoh yang dijangka dipasang siap sepenuhnya pada pada April 2023.

Pada akhir program, YB Menteri Pengangkutan telah menyerahkan jaket keselamatan kepada pihak pengusaha bot serta komuniti setempat iaitu komuniti Kampung Sting, Kampung Muk Ayun dan Kampung Nyegor. Seramai 50 orang komuniti setempat yang telah terlibat bersama menjayakan program ini.

Turut hadir bersama Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara), YB Datuk Dr. Jerip Susil, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yg. Berbhg. Dr. Murni Suhaili, Pemanca Raymond Jihap, Penghulu Peter Anggom serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

 
 

Selesai lawatan kerja di Empangan Bengoh, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Sarawak serta rombongan telah ke Serian bagi Lawatan Kerja untuk Program Memasang “Marker Buoy” di Tasik Danu, Serian. Turut hadir bersama Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Dr. Murni Suhaili, Ahli Lembaga, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pemanca Kane @ Ken Anak Manong, Assistant Controller (Wilayah I), Encik Julaihi Bin Shahmad, Assistant Controller (Riverine Safety), Encik Leo Anak Nanang, Setiausaha Majlis Daerah Serian, Encik Colline John Sitin, DID, Encik Rollin Jenta serta rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

 

Sumber: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement