picture

News

 

MOTS KAJI CADANGAN PEMBUKAAN PERKHIDMATAN BAS LALUAN SINGKAWANG-KUCHING

Posted on 18 Oct 2022
Source of News: UKAS News
 

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Malaysia Pontianak, Azizul Zekri Abdul Rahim di pejabatnya pada 18 Oktober 2022.

Di antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan pembukaan perkhidmatan bas bagi laluan Singkawang ke Kuching melalui Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Biawak-Aruk.

Cadangan pembukaan laluan ini telah dikemukakan oleh pihak Konsul Jeneral Indonesia di Kuching dalam suatu mesyuarat terdahulu dengan Menteri Pengangkutan Sarawak.

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) sedang mengkaji perkara ini dan akan membuat perbincangan lanjut dengan pihak syarikat bas di Sarawak.

Dalam pertemuan itu juga, Dato Sri Lee Kim Shin juga turut mengutarakan cadangan pembukaan semula penerbangan dari Kuching ke Pontianak untuk pembangunan pelancongan yang pelbagai dengan pihak Indonesia.

Hadir sama dalam perbincangan tersebut adalah Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Ketua Bahagian Pengangkutan Laut dan Sungai Teo Swee Ann, Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Julin Alen, Ketua Bahagian Pengangkutan Udara Zulkarnain Rosli.



EDISI UKAS





 



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement