picture

News

 

LAWATAN KERJA RASMI Y.B. MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK BERSAMA ROMBONGAN KE JETI LOJI METANOL, SARAWAK PETCHEM SDN. BHD.

Posted on 20 Oct 2022
Source of News: MOTS News


 

 
   

BINTULU - Y.B. Dato Sri Lee Kim Shin telah mengadakan  lawatan kerja rasmi bersama rombongan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) ke Jeti Loji Metanol milik Sarawak Petchem Sdn. Bhd., yang terletak di Tanjung Kidurong Bintulu pada 20 Oktober 2022. Loji ini merupakan loji metanol pertama di Sarawak dan ianya mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 5000 tan metrik sehari.

Lawatan kerja rasmi ini adalah bertujuan untuk mendapatkan taklimat berkenaan pengoperasian terutamanya tahap keselamatan Alat Bantu Pelayaran (ATONS) yang akan digunakan di sepanjang jeti berukuran 3 kilometer yang menghubungkan dermaga (wharf) untuk kapal-kapal memuat dan mengeksport produknya.

Pada lawatan kerja rasmi tersebut, pihak rombongan telah diberikan taklimat oleh Encik Safian Bin Shafiee, Timbalan Pengurus Projek Sarawak Petchem Sdn. Bhd.

Y.B. Dato Sri Lee Kim Shin menegaskan agar agar fasiliti keselamatan yang akan dipasang dan digunakan di sekitar jeti tersebut menggunakan teknologi yang terkini serta menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA).

Beliau turut meminta agar pihak Sarawak Petchem Sdn. Bhd. bersama Lembaga Boya dan Api Sarawak (LBAS) beserta pihak kementerian untuk mengadakan perbincangan bagi mengesyorkan alat bantu pelayaran (ATONS) yang sesuai untuk digunakan bagi pengoperasian jeti tersebut.

Hadir sama di dalam lawatan kerja tersebut adalah Y.B. Encik Johnny Pang Leong Ming, ADUN N.68 Tanjong Batu, Bintulu, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Mohamad Marzuki Bin Brahim, Timbalan Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak (SBLB) merangkap Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak.

 
   

MOTS News
 
   





 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement