News

 

LAWATAN KERJA RASMI Y.B. MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK BERSAMA ROMBONGAN KE LEMBAGA PELABUHAN BNTULU (BPA)

Posted on 20 Oct 2022
Source of News: MOTS News
 

BINTULU - Lawatan kerja rasmi yang telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Y.B. Dato Sri Lee Kim Shin bersama rombongannya pada 20 Oktober 2022 ke Pelabuhan Bintulu adalah bertujuan untuk mendapatkan penerangan serta membuat tinjauan secara langsung mengenai Alat Bantu Pelayaran (ATONS) yang digunakan di pelabuhan tersebut.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa milik Malaysia dan diiktiraf sebagai Pelabuhan ke 3 terbesar di dunia bagi pengeksportan gas asli cecair (LNG). Oleh itu, adalah menjadi keutamaan pihak kementerian untuk memastikan keselamatan kesemua kapal terutamanya kapal LNG yang bergerak masuk dan keluar dari Pelabuhan adalah terjamin.

Oleh itu, ATONS yang digunakan seperti bouys, various lights and marks, hendaklah dilengkapi dengan teknologi yang terkini, diselenggara dengan baik serta menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA). Fasiliti keselamatan yang sudah lama seharusnya diganti agar tidak menjejaskan keselamatan kapal yang datang beroperasi ke pelabuhan Bintulu.

Y.B. Dato Sri Lee Kim Shin juga meminta agar satu perbincangan khas di antara Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) dan Lembaga Boya dan Api Sarawak (LBAS) bersama pihak kementerian bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan ATONS yang digunakan untuk mengekalkan rekod sifar kes kemalangan di Pelabuhan Bintulu.

Pada lawatan kerja rasmi tersebut, pihak rombongan telah diberikan penerangan oleh Kapt. Hj. Zakhir Khan Yusop, Penolong Pengurus Besar (Operasi), Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Hadir sama bersama adalah YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Mohamad Marzuki Bin Brahim, Timbalan Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak (SBLB) merangkap Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Sarawak dan Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak.

 
 
MOTS News
 






Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 19 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement