picture

News

 

PERKHIDMATAN ‘AIRASIA RIDE’ KINI TERSEDIA DI SARAWAK, LEBIH 350 PEMANDU SUDAH BERDAFTAR

Posted on 27 Oct 2022
Source of News: Edisi UKAS

 

 
KUCHING: 27 Okt - Perkhidmatan ‘e-hailing’ , Airasia Ride kini tersedia di negeri ini dengan seramai lebih 350 pemandu telah berdaftar dengannya.
 

Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata, ini akan membantu untuk menyediakan pelancong dan penduduk tempatan dengan perkhidmatan yang lebih baik di jalan raya serta menyediakan belia Sarawak dengan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor e-hailing.

“Kami mengalu-alukan perniagaan ke Sarawak, terutamanya apabila kemasukan mereka menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak. Ketibaan Airasia Ride telah meningkatkan permintaan untuk pemandu e-hailing.

“Saya dimaklumkan bahawa 85 peratus daripada tambang perjalanan akan disalurkan terus kepada pemandu.

“Kadar komisen yang rendah direka khusus untuk memberi manfaat kepada pemandu.

“Selain itu, saya gembira mendengar pemandu Airasia Ride diberi ganjaran untuk menyelesaikan pekerjaan, perbezaan yang besar daripada pemain lain yang mana pemandu dihukum kerana tidak menerima pekerjaan.

“Saya difahamkan bahawa program ini juga menyediakan pemandu dengan caruman Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan insurans, dengan gaji yang lebih baik dan kerja yang stabil,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menterinya Datuk Dr Jerip Susil pada Majlis Pelancaran Airasia Ride di Mahkamah Lama, di sini pada Khamis.

 
 

Dalam pada itu, beliau berharap pelancong dan pemandu e-hailing akan mendapat manfaat daripada pelancaran Airasia Ride itu kerana ia menyediakan satu lagi perkhidmatan baharu yang boleh memberi lebih banyak pilihan dalam memilih perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu, dalam sidang media selepas pelancaran, Ketua  Pegawai Eksekutif Serantau Airasia Lim Chiew Shan memberitahu, pihaknya sedang membuat pertimbangan untuk melakukan promosi untuk membawa penumpang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ke stesen-stesen mengundi kelak.

“Kami sedang mempertimbangkan untuk mengadakan promosi pada hari itu nanti, tetapi juga perlu diingat bahawa pemandu kami juga turun untuk mengundi.

“Kami mempunyai cadangan mungkin akan lebih memberi ganjaran atau bonus kepada pemandu Airasia Ride kerana membantu membawa penumpang ke pusat mengundi,”jelas beliau.

Selain itu Lim turut memaklumkan, untuk pengguna baharu di Kuching mereka boleh menikmati perjalanan secara percuma dengan mengguna kod promosi FREERIDE bermula dari sekarang sehingga 29 Oktober apabila menempah Airasia Ride.

Terdahulu, Datuk Dr. Jerip telah melancarkan airasia ride secara rasmi dengan melepaskan konvoi airasia ride bersama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, Setiausaha Tetap MOTS Dato Ir Alice Jawan Empaling, dan Residen Bahagian Kuching Datu Sherina Hussaini.

Untuk rekod, airasia ride ditubuhkan pada Ogos 2021 dan kini mempunyai seramai 53,000 pemandu berdaftar di platformnya dan telah menyelesaikan dua juta perjalanan setakat ini.

Ia kini beroperasi di seluruh negeri di Malaysia dan kawasan terpilih di Bangkok, Thailand.


Edisi UKAS













Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement