picture

News

 

MOTS RAKAM PENGHARGAAN KEPADA MAVCOM, TANGANI MASALAH KEKURANGAN PENERBANGAN

Posted on 29 Oct 2022
Source of News: EDISI UKAS
 
KUCHING: 29 Oktober, Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) merakamkan penghargaan kepada pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kerana telah mengambil tindakan segera untuk menangani masalah kekurangan bilangan penerbangan dan kenaikan harga tiket kapal terbang ke Sarawak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Menterinya,  Dato Sri Lee Kim Shin berkata, MOTS telah membuat permohonan melalui panggilan dan secara bertulis kepada pihak MAVCOM dan semua syarikat penerbangan untuk menambahkan bilangan penerbangan atau menggunakan pesawat yang lebih besar ke Sarawak sempena PRU-15.

Menurutnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat penerbangan yang turut memberi kerjasama yang padu di dalam menambah kapasiti serta menawarkan harga yang berpatutan bagi pengoperasian penerbangan ke Sarawak sepanjang tempoh PRU-15 kelak.

"Pihak MAVCOM pada 27 Oktober lepas telah membuat semakan di mana purata tambang penerbangan bagi laluan udara dalam Malaysia Timur ialah RM188 dan RM296 bagi laluan udara antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

"Selain itu, syarikat penerbangan juga telah memperkenalkan promosi dan melancarkan diskaun yang akan memberi manfaat kepada para pengguna termasuk skim diskaun untuk para pelajar bagi tujuan keluar mengundi," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Dato Sri Lee menambah, pihak MAVCOM turut menggesa agar syarikat penerbangan yang menawarkan harga tambang melebihi harga purata untuk menambah lebih banyak kapasiti penerbangan di laluan-laluan udara yang beroperasi semasa tempoh PRU-15 bagi memastikan sejumlah penerbangan telah tersedia ke pelbagai destinasi domestik pada harga yang berpatutan.


"Berdasarkan data yang telah dikemukakan kepada MAVCOM, semua syarikat penerbangan tempatan telah membuat perancangan untuk menambah penerbangan bagi tujuan PRU15 mulai November 2022 menggunakan sumber yang sedia ada.

"Sebanyak 68 penerbangan tambahan telah dirancang untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Malaysia Airlines turut mengatur pelan untuk meningkatkan kapasiti ke destinasi-destinasi utama di Semenanjung dan Malaysia Timur menggunakan pesawat Airbus A330 bagi menampung permintaan yang tinggi semasa tempoh perjalanan PRU-15.


"Selain itu, terdapat penerbangan tambahan yang dirancang ke destinasi terpilih di Malaysia Timur di bawah program Perkhidmatan Udara Luar Bandar,".






Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement