News

 

DATO SRI LEE KETUAI DELEGASI MOTS KE SINGAPURA

Posted on 01 Nov 2022
Source of News: EDISI UKAS
 

KUCHING: 1 November - Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin telah mengetuai delegasi Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dalam lawatan sambil belajar ke negara Singapura dari 31 Oktober hingga 1 November 2022. 

Menurut MOTS, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mengkaji serta mempelajari pengalaman negara itu dalam merancang, mengurus dan mengendalikan sistem pengangkutan darat di situ. 

“Pada lawatan tersebut, Dato Sri Lee telah melakukan kunjungan hormat kepada dua menteri iaitu Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Negara Singapura, Sim Ann serta Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

MOTS memberitahu, kunjungan hormat tersebut membolehkan Dato Sri Lee mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Sarawak dengan negara itu khasnya dalam sektor pengangkutan. 

“Singapura, dengan sistem pengangkutan awamnya yang canggih, akan menjadi titik rujukan bagi negeri ini yang sedang membangunkan sistem pengangkutan awam sendiri menggunakan kemudahan bas dan juga sistem Transit Aliran Autonomi (ART),” katanya.

Sementara itu jelasnya, Menteri MOTS bersama delegasi turut melawat serta berjumpa dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan SMRT Corporation Ltd.

“Lawatan sambil belajar ke Singapura ini adalah penting dan amat bernilai bagi pihak kementerian yang kini sedang dalam proses membangunkan sistem pengangkutan awam di Sarawak,’’ tambah MOTS lagi. 

Antara yang turut serta dalam delegasi tersebut ialah Setiausaha Tetap MOTS, Dato Ir. Alice Jawan Empaling serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

 
Edisi Ukas
 
 
 




Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement