picture

News

 

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI DI KAMPUNG PIASAU UTARA, MIRI

Posted on 06 Nov 2022
Source of News: MOTS News
 

Miri, 6 Nov - Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah menganjurkan program “Kempen Kesedaran Awam Kebersihan dan Keselamatan Sungai” di Balai Raya Kampung Piasau Utara, Miri. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.

Program ini merupakan salah satu daripada program persediaan bagi menghadapi musim banjir yang dijangka akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menyeru agar penduduk di kawasan sekitar sungai untuk sentiasa menjaga keselamatan masing-masing terutamanya pada musim banjir di samping memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan untuk memelihara serta menjaga kebersihan sungai.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti sesi ceramah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, dan penyerahan jaket keselamatan kepada para nelayan di kawasan tersebut.

Y.B. Dato Sri Lee Kim Shin di dalam ucapannya menyeru agar para ibu bapa untuk sentiasa megawasi keselamatan anak-anak terutamanya pada musim banjir. Ini adalah kerana pada musim banjir, air sungai boleh mengalir dengan deras dan kemalangan akan mudah berlaku.Orang awam juga turut diingatkan agar terus lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan.

Selain itu, beliau juga turut menekankan agar kebersihan di kawasan persekitaran sungai untuk dititikberatkan memandangkan penyakit akan lebih senang untuk menular dalam keadaan banjir melalui sampah sarap yang dibawa oleh air banjir.

Seramai 130 peserta telah hadir ke program tersebut yang terdiri daripada para nelayan dan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Hasil daripada maklum balas yang diterima daripada pihak penduduk kampung, mereka amat menghargai usaha Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam menganjurkan program seperti ini dan berharap untuk diadakan lagi pada masa depan.

Turut hadir menjayakan program ialah Yang Berhormat Encik Adam Yii Siew Sang Datuk Bandaraya Miri merangkap Adun N.74 Pujut, Yang Berbahagia Dr. Murni Suhaili, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berbahagia Encik Samion Bin Ghani, Penghulu kawasan Piasau Jaya, Miri, Yang Berbahagia Encik Hipni Bin Sulong, Ketua Kaum Kampung Piasau Utara, Miri, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

 
 
MOTS News
 








Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement