News

 

SBTCA BEKERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN UNTUK MENYEDIAKAN PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN

11 Nov 2022
 
KUCHING, 11 Nov - Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menerima kunjungan daripada Sarawak Bus Transport Companies Association yang diketuai oleh Tuan Haji Sazali bin Haji Morshidi pada pagi ini.

Dalam kunjungan tersebut beberapa isu dan harapan telah diutarakan daripada persatuan ini supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik khususnya pengangkutan awam yang efisien. Mereka juga berharap agar dapat berkolaborasi dalam menyediakan pengangkutan awam yang efisien.  Pihak kementerian juga berterima kasih kepada pihak persatuan atas inisiatif untuk mengadakan kunjungan hormat ini. Pihak kementerian juga berharap agar sesi ini akan dapat menjadi titik tolak untuk inisiatif-inisiatif yang akan datang.

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Yang Berbahagia Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Encik Julin Alen dan pegawai-pegawai kanan kementerian yang lain. Dato Alice juga berharap agar sebarang isu diselesaikan melalui saluran yang betul. Pihak Kementerian akan sentiasa bekerjasama di dalam menyelesaikan sebarang isu yang ada.
 
 
MOT News
 
 


Copyright ©2020 Sarawak Government Last Updated On 03 Mar 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 3:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 3:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement