News

 

MESYUARAT LEMBAGA BOYA DAN API SARAWAK

Posted on 11 Nov 2022
Source of News: MOTS News
 
KUCHING, 11 Nov - Lembaga Boya dan Api Sarawak telah mengadakan mesyuarat kali ke-3 di salah sebuah hotel di Kuching. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh beberapa muka baru sebagai ahli lembaga.

Antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa rumah-rumah api sedia ada serta alat bantuan pelayaran yang sedia ada. Maklumat ini perlu bagi memastikan kapal-kapal yang berada di perairan negeri Sarawak dapat belayar dengan selamat. Dalam masa yang sama dibincangkan juga keperluan-keperluan tambahan yang dicadangkan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Alice Jawan Empaling turut hadir ke mesyuarat kali ini setelah mengambil alih tugas daripada Datu Buckland Bangik pada awal Oktober yang lepas.
 
 
MOTS News
 
 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement