News

 

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SARAWAK FORWARDING AGENCIES ASSOCIATION (SFAA) DI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK (MOTS)

07 Dec 2022
 

KUCHING, 7 Nov - Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Sarawak Forwarding Agencies Association (SFAA) di pejabatnya. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Encik William Liang, Presiden SFAA .

Di dalam lawatan rasmi tersebut, YB Menteri Pengangkutan Sarawak telah diperkenalkan dengan barisan keahlian baharu bagi SFAA yang telah dilantik pada Oktober 2022.

YB Menteri telah diberi penerangan berkenaan pengoperasian SFAA serta isu-isu yang dihadapi oleh sektor logistik di Sarawak. Ini termasuklah isu berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengangkutan barangan rentas sempadan di antara Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Pihak MOTS dan dan SFAA akan bekerjasama untuk menangani isu berkaitan proses dan prosedur pengangkutan barangan bagi menyelaras pembangunan sektor logistik di Sarawak.

Hadir sama dalam kunjungan berkenaan adalah, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Julin Alen, Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Kementerian Pengangkutan Sarawak dan beberapa wakil daripada SFAA.

 
 
 
 MOTS News
 
 
 


Copyright ©2020 Sarawak Government Last Updated On 03 Mar 2023

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 3:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 3:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
Polls
Announcement