picture

News

 

PENGEMASKINIAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN BAGI SISTEM KELUAR DAN MASUK (EES) OLEH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Posted on 07 Dec 2022
Source of News: MOTS News

 

 

   

Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menerima kenyataan rasmi daripada Consulate General of Brunei Darussalam di Kuching mengenai pengemaskinian kadar Caj Perkhidmatan Exit and Entry System (EES) yang akan berkuatkuasa pada 12 Disember 2022.

Menurut kenyataan tersebut, kadar caj EES terkini bagi kenderaan yang membuat perjalanan melalui semua pos kawalan darat di Negara Brunei Darussalam adalah seperti berikut:

   
i.

Bagi kenderaan penumpang dengan muatan tidak melebihi 7 orang termasuk pemandu, akan dikenakan bayaran sebanyak BND3.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

   
 ii.

Bagi kenderaan penumpang dengan muatan lebih daripada 7 orang hingga 25 orang termasuk pemandu, seperti van atau bas mini, akan dikenakan bayaran sebanyak BND6.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;

   
 iii. Bagi kenderaan penumpang dengan muatan lebih daripada 25 orang termasuk pemandu, seperti bas, akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan;
iv.

Bagi kenderaan komersial yang tidak memerlukan pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine), akan dikenakan bayaran sebanyak BND6.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan; dan

v. Manakala bagi kenderaan komersial yang perlu menjalani pemeriksaan melalui mesin pengimbas (x-ray machine), akan dikenakan bayaran sebanyak BND10.00 setiap kenderaan bagi satu hala perjalanan.
 

Bayaran Caj Perkhidmatan akan dikenakan ke atas semua kenderaan yang melalui semua pos kawalan darat Negara Brunei Darussalam tanpa mengira tempat pendaftaran kenderaan tersebut, iaitu sama ada ianya mempunyai pendaftaran Negara Brunei Darusalam atau berpendaftaran luar negara.

Selain itu, Bayaran Caj Perkhidmatan akan dikecualikan bagi pejalan kaki dan kenderaan-kenderaan seperti berikut;

 
i.

Basikal;

ii.

Motosikal;

iii.

Kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam atau Kerajaan luar negara bagi kegunaan rasmi;

iv.

Kenderaan yang dimiliki oleh Pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam atau Kerajaan luar negara bagi menjalankan tugas rasmi;

v.

Kenderaan yang dimiliki oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei;

vi.

Kenderaan khusus seperti Ambulans, Bomba, Polis dan kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengebumian; dan

vii.

Kenderaan yang digunakan oleh mana-mana orang di bawah Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act (Chapter 117) dan Consular Relations Act (Chapter 118).

 

Kementerian Pengangkutan Sarawak mengalu-alukan keputusan pengemaskinian kadar bayaran EES ini oleh Kerajaan Brunei Darussalam kerana ianya dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya rakyat Sarawak yang merentas sempadan di antara Miri, Brunei, Limbang dan Lawas bagi urusan kerja, belajar dan lawatan sosial.

Pengemaskinian kadar bayaran EES ini juga diharap akan memudahkan urusan import dan eksport barangan sekaligus mempergiatkan lagi aktiviti sektor ekonomi antara Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Semoga keputusan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Sarawak, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam di masa akan datang.

   
   
   
   
MOTS News
   
   
   
   
   


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement