picture

News

 

MYAIRLINE TAMBAH SATU SEKTOR PENERBANGAN DI KUCHING MULAI 23 DISEMBER

Posted on 21 Dec 2022
Source of News: Edisi UKAS

 

 

 
 

KUCHING: MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) bakal melancarkan penerbangan tambahan untuk sektor Kuala Lumpur ke Kuching (KUL-KCH-KL) mulai 23 Disember 2022 dan menjadikan jumlah penerbangan dua kali sehari kepada tiga kali sehari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo, laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Sibu (KUL-SBW) juga akan mula beoperasi setiap hari berkuatkuasa 18 Januari 2023 diikuti dengan satu lagi laluan baharu KL-Miri-KL bermula dari 1 Mac 2023. 

Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Dato Sri Lee Kim Shin di pejabat beliau pada Rabu. 

Dalam pada itu, kunjungan hormat tersebut bertujuan memberi taklimat kepada Dato Sri Lee mengenai operasi dan perancangan MYAirline untuk terbang ke Sarawak serta negara lain di rantau ASEAN.  

Selain itu, Dato Sri Lee turut mencadangkan agar MYAirline memasukkan penerbangan terus dari Sarawak untuk terbang ke bandar-bandar ASEAN tertentu selain dari Kuala Lumpur.

Dato Sri Lee dalam pada itu mengalu-alukan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada MYAirlines dan berharap syarikat penerbangan tersebut dapat memperkenalkan lebih banyak laluan dari luar dan dalam Sarawak.

Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk tambang penerbangan, jadual penerbangan, lesen perkhidmatan udara, kualiti perkhidmatan dan meneroka potensi kerjasama antara MOTS dan MYAirline.

Turut hadir Ketua Komunikasi Korporat MYAirline Sdn Bhd Siti Maslinda Sheikh Othman, Ketua Strategi Korporat dan Analitik MYAirline Sdn Bhd Jong Jar Shang dan Ketua Bahagian Penerbangan MOTS Zulkarnain Rosli serta pegawai kementerian yang lain.
 
 
 
 Edisi UKAS
 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement