picture

News

 

MAJLIS MAKAN MALAM DAN SAMBUTAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SARAWAK

Posted on 20 Dec 2022
Source of News: MOTS News

 

 

 

 
KUCHING, 20 Disember: Kementerian Pengangkutan Sarawak telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Sambutan Tahun Baru bertempat di Hotel Waterfront, Kuching. Dalam majlis yang sama, telah diadakan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 kepada kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang. Antara penerima-penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah Encik Rudy Beltran Paris, Puan Dr. Christina Ng, Cik Cathrine Lee Pi Ying, Puan Meliah Ingan dan Encik Liew Yu Sian. Selain itu, seramai 29 orang telah menerima Sijil Prestasi Cemerlang di mana mereka mendapat markah prestasi 85% dan ke atas.
 
 

 
Dalam amanat Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, beliau mengharapkan agar kakitangan sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan berdaya saing. Beliau juga berharap agar kakitangan dapat menunjukkan daya kreatif dan inovatif mereka di dalam meningkatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr. Jerip anak Susil dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling,
 
 
 
 
 MOTS News
 
 
 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement