picture

News

 

PERKHIDMATAN BAS PENUMPANG KUCHING KE SINGKAWANG BEROPERASI TAHUN HADAPAN

Posted on 28 Dec 2022
Source of News: The Dayak Daily

 

 

 
LUNDU, 28 Dis: Perkhidmatan bas penumpang dari Kuching ke Singkawang di Kalimantan akan beroperasi pada tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, perjalanan yang memakan masa 5 jam itu akan melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak di Lundu.

"Terdapat potensi untuk kedua-dua negara memulakan perkhidmatan ini."

"Ia bakal meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelancongan antara Singkawang dan Sarawak."

"Berdasarkan statistik Imigresen, jumlah pengguna yang keluar masuk di ICQS Sarawak Biawak lebih kurang sama dengan jumlah di ICQS Tebedu," katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Lundu hari ini.

Lee yang mengadakan lawatan rasmi di ICQS Biawak hari ini terlebih dahulu mendengar taklimat daripada pelbagai agensi terlibat khusus yang berkaitan dengan cadangan tersebut.

Tambah beliau, segala urusan untuk memulakan perkhidmatan ini sedang giat dilakukan termasuk permohonan permit perjalanan.

"Proses ini akan diusahakan secepat mungkin, kita mahu memulakan perkhidmatan secepat mungkin."

"Mudah-mudahan ia dapat beroperasi sebelum perayaan Hari Raya Puasa pada bulan April tahun ini," katanya.

Ujar Lee lagi, syarikat-syarikat bas dari kedua-dua pihak akan berbincang berkenaan kekerapan perjalanan seminggu dan jumlah tambang.

Hadir sama Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono.
 
 
 
 The Dayak Daily
 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement