News

 

DATO SRI LEE TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT PENERBANGAN ROYAL BRUNEI

Posted on 13 Jan 2023
Source of News: UKAS News
 
 

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menerima kunjungan hormat Konsulat Jeneral Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noni Zurainah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Royal Brunei, Kapten Sabirin Abd Hamid di pejabatnya di Petra Jaya di sini pada Jumaat. 

Katanya, dalam perbincangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Royal Brunei telah memberi taklimat mengenai rancangan dan cadangan masa depan syarikat penerbangannya. 

“Tahun Baharu Cina akan datang, saya telah memohon kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk menggunakan pesawat yang lebih besar bagi penerbangan Bandar Seri Begawan (BWN)-Kuching-BWN memandangkan peningkatan muatan penumpang.

“Permohonan ini masih menunggu kelulusan dan mengenai perkara ini, saya meminta wakil MAVCOM yang hadir pada taklimat tersebut untuk membantu mepercepatkan kelulusan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. 

Dalam pada itu, antara perkara lain yang dibincangkan adalah bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan antara Sarawak dan Brunei Darussalam di Sungai Tujuh antara Miri dan Brunei Darussalam serta melihat bidang kerjasama yang berpotensi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah dari pejabat Konsulat Negara Brunei Darussalam Thomas Lin, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam Rozita Khamis, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Desmond Jerukan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Salleh Askor dan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak Zulkarnain.

 
 
 
 UKAS News
 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement