picture

News

 

PERTANDINGAN TAMAN LALU LINTAS AKAN DIANJURKAN SEMULA

Posted on 30 Mar 2023
Source of News: Edisi UKAS



30 Mac, KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak akan menganjurkan semula pertandingan taman lalu lintas atau ‘traffic garden’ bermula pada tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pertandingan taman lalu lintas yang sebelum ini dikenali sebagai permainan trafik Shell kerana ia ditaja oleh Shell sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, kementeriannya di bawah Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak akan menganjurkan serta menghidupkan semula pertandingan ini bagi meningkatkan kesedaran yang lebih besar dalam kalangan pengguna jalan raya di Sarawak.

“Sudah tentu ia akan menjadi projek sokongan berasaskan komuniti dimana kita mempunyai syarikat multinasional seperti Shell, Petronas, Petros dan Sarawak Energy dan sudah tentu kerajaan Sarawak juga.

“Jadi ini akan menjadi projek kerajaan Sarawak berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan merupakan sebahagian daripada pendidikan keselamatan jalan raya,” jelas Dato Sri Lee ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kenyalang Traffic Garden di sini pada Khamis.

Dato Sri Lee menambah, kementeriannya turut mempunyai pelan strategik keselamatan jalan raya bagi tahun 2021 sehingga 2025 bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak.

Jelasnya, permainan itu sangat memberikan implikasi kepada golongan anak-anak dan ibu bapa di mana ia akan mendidik masyarakat untuk peka akan keselamatan serta memahami tanda-tanda lalu lintas dan ia akan dianjurkan semula di Seluruh Sarawak.

“Contohnya kita akan mulakan dengan peringkat bahagian dahulu seperti Kuching dan akan diperluaskan permainan ini di peringkat sekolah kemudian kita akan mengadakan pertandingan ini ke peringkat Sarawak.

“Jadi hari ini saya datang untuk menyaksikan taman lalulintas disini dan kami juga turut melabur dalam beberapa taman lalu lintas di setiap bahagian di Sarawak seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Sarikei,” ujarnya.

Dato Sri Lee turut memaklumkan, pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya turut membentuk satu jawatankuasa dan melatik Timbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil untuk mengetuai dan mempengerusikan jawatankuasa permainan lalu lintas Sarawak dan merangka semua program-program tersebut.

“Oleh itu, kita akan memeriksa kesemua enam taman lalu lintas dan di mana terdapat keperluan untuk melakukan beberapa peningkatan, penyelenggaraan kami akan menyelesaikannya,” katanya.



Edisi UKAS

 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement