News

 

MOTS CADANG BINA LALUAN KHUSUS PENGANGKUTAN AWAM

Posted on 30 Mar 2023
Source of News: Edisi UKAS


30 Mac, KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) bercadang untuk membina laluan khusus bagi pengangkutan awam seperti bas di pusat bandar bagi memastikan perkhidmatan yang efisien.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin menjelaskan ia signifikan untuk memberi kepercayaan kepada pengguna bas awam dan seterusnya menggalak lebih ramai menggunakan kenderaan awam yang disediakan.

Menurut beliau, walaupun statistik pengguna kenderaan awam di sini masih rendah, namun ia menunjukkan peningkatan sejak kerajaan Sarawak melaksanakan inisiatif tambang RM1 dengan peruntukan RM10 juta sebagai usaha mengurangkan kos tambang pengangkutan awam.

“Kita terus mempertingkat serta menambah baik perkhidmatan untuk keselesaan dan kemudahan pengguna kenderaan awam di Sarawak.

“Kementerian juga mencadangkan untuk menyediakan lorong khusus untuk semua pengangkutan awam supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan akan menepati masa untuk tiba di destinasi.

“Kita melihat kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) mempunyai lorong khusus supaya ia akan menjadikan perjalanan yang lebih lancar dan menepati masa,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di Taman Lalu Lintas Kenyalang di sini pada Khamis.

Dato Sri Lee menambah, pihaknya juga akan meneliti perancangan terhadap infrastruktur jalan raya di Sarawak dengan menyediakan lorong khusus untuk kenderaan awam untuk tiba ke destinasi seperti yang dijadualkan.



Edisi UKAS



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement