KUCHING, 4 April - Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi MOTS telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak di Carvery Restaurant, Kuching pada 4 April 2023.
Majlis Berbuka Puasa merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak. Tujuan program tahunan ini diadakan adalah bagi merapatkan ukhwah di antara warga MOTS di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga MOTS sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.
Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut adalah seperti Penyerahan Sumbangan Khairat Banjir kepada Puan Hatijah Hamden, sumbangan bagi kelahiran cahaya mata kepada Encik Muhd Nursalam Mustapha dan simbolik agihan sumbangan aidilfitri kepada kakitangan muslim MOTS.
Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk warga MOTS sama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan di samping mengambil peluang untuk melakukan amal ibadat di bulan yang mulia ini.
Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak serta seluruh kakitangan MOTS.
MOTS News