News

 

TERMINAL LORI BANTU TINGKAT KESELAMATAN, KURANG KESESAKAN DI BINTULU

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: Edisi UKAS
 

BINTULU: Pembinaan terminal lori akan membantu meningkatkan keselamatan di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bintulu. 

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pembinaan terminal lori di sini akan menjadikan sistem pengangkutan di Bintulu lebih efisien dan selamat.

“Untuk menjadikan sistem pengangkutan kita lebih cekap, lebih dipercayai dan selamat, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar. 

“Bandar ini sangat sesak dengan kenderaan dan kehadiran kenderaan berat akan lebih memburukkan keadaan lalu lintas,” ujarnya ketika melawat tapak terminal lori di sini pada Selasa. 

Tambah Dato Sri Lee, beberapa masalah yang sering diadukan oleh pengguna jalan raya apabila kenderaan berat diletakkan di sisi jalan dan ianya sangat berbahaya kepada pengguna jalan yang lain.

Hal ini kerana Bintulu merupakan bandar perindustrian yang sedang berkembang maju di mana kebanyakan kawasan dilalui oleh kenderaan berat setiap hari. 

Oleh itu, beliau berharap dengan siapnya terminal lori yang baharu ini kelak akan membolehkan semua lori serta kenderaan berat lain menggunakan kemudahan di terminal khas yang disediakan tanpa perlu masuk ke laluan kawasan bandar Bintulu.


Edisi UKAS



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 19 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement