News

 

PERTANDINGAN KESELAMATAN LALULINTAS DIAKTIFKAN SEMULA, TERAP PEMANDUAN BERHEMAH

Posted on 13 Apr 2023
Source of News: Edisi UKAS
 

SARIKEI: Peningkatan jumlah kenderaan telah meningkatkan risiko berlaku kemalangan terutamanya pada musim-musim perayaan meskipun banyak kempen-kempen keselamatan jalanraya yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Justeru, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menegaskan Pertandingan Keselamatan Lalulintas yang diadakan sebelum ini harus diaktifkan dan dijenamakan semula sebagai ‘Sarawak Traffic Game’ melalui Majlis Keselamatan Jalanraya bagi mendidik para pelajar serta ibubapa bagi mempraktikkan pemanduan berhemah yang mematuhi undang-undang jalan raya.

Katanya, pengaktifan semula program tersebut dapat memberi impak yang besar dan positif bukan sahaja kepada para pelajar malah turut melibatkan para ibubapa.

“Pihak terbabit akan membuat penilaian kerja-kerja yang harus dilakukan bagi membaiki serta menaiktaraf kemudahan yang ada di Taman Lalulintas Kampung Seberang Sarikei di bawah Majlis Daerah Sarikei,” jelasnya semasa lawatan kerja ke tapak Taman Lalulintas Kampung Seberang Sarikei pada Rabu.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Jalanraya yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil bagi melaksanakan pertandingan itu nanti.

Terdahulu, Dato Sri Lee Kim Shin juga turut mengadakan lawatan ke Terminal Penumpang 1 di Bandar Sarikei bagi melihat serta meninjau sendiri kerja-kerja membaiki yang diperlukan.

Menurutnya lagi kerja-kerja mendalamkan sungai di sekitar Terminal Penumpang ini perlu dilakukan selain membaiki poonton untuk kemudahan dan keselesaan pengendalian bot serta para penumpang.

Dalam program itu juga, beliau turut menyerahkan jaket keselamatan ke pada pengendali bot penumpang dan menegaskan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Residen Bahagian Sarikei Tuan Michael Ronnie Langgong, wakil YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Wong Zee, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Badjuri Bidin, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Negeri Julin Alen, Pemangku Controller Region 2 Teo Swee Ann, Pemangku Controller Lt. Kol Ding Tiew Wong, wakil Pegawai Daerah Sarikei Ainur Yazmin dan Penolong Pengurus Pelabuhan Ratnadewi Bujang.



Edisi UKAS



Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement