News

 

MOTS AGIH 500 BUBUR LAMBUK DI BAITULMAKMUR

Posted on 13 Apr 2023
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah mengagihkan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk kepada kakitangan daripada pelbagai Kementerian dan Jabatan di Bangunan Baitulmakmur 1, Petra Jaya Kuching pada Khamis. 

Program MOTS dengan Kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi MOTS ini telah disempurnakan oleh Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin.

Agihan bubur lambuk ini merupakan program amal tahunan MOTS yang bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti sedekah di samping meraih keberkatan dan fadhilat yang terdapat di dalam bulan Ramadhan.

Menurut Dato Sri Lee, program mulia seperti ini seharusnya kekal menjadi tradisi di Bulan Ramadhan dan diharap dapat diteruskan di masa akan datang.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Darat), Datuk Dr. Jerip Susil dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir Alice Jawan Empaling.



Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement