picture

News

 

BOT TUNDA DAN TONGKANG TIADA LESEN PERKAPALAN DITAHAN

Posted on 17 Apr 2023
Source of News: Utusan Borneo
 
BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu bertindak menahan sebuah bot tunda dan tongkang kerana tidak memiliki lesen perkapalan pada jarak 2.2 batu nautika dari muara Sungai Kemena sekitar jam 11.45 pagi Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Mohd Khairol Anuar Saad berkata, semasa ditahan bot dan tongkang yang berada dalam keadaan mencurigakan itu membawa muatan batu.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapatii pengendali tongkang gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang telah diperbaharui.

"Muatan yang dibawa bagaimanapun mempunyai dokumen dan kebenaran daripada jabatan dan agensi yang berkaitan," ujarnya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Kesemua kru bot yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 48 tahun itu tidak ditahan kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, tambahnya lagi.

Kes katanya, akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan hukuman kompaun sehingga RM5, 000 jika disabit kesalahan.

APMM sentiasa mengingatkan semua komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan bagi membolehkan siasatan segera diambil.

Segala aktiviti yang mencurigakan atau kes kecemasan yang berlaku di perairan negara boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.




Utusan Borneo


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement