picture

News

 

DATO SRI LEE KIM SHIN LAKUKAN LAWATAN KERJA KE CAAM SARAWAK

Posted on 17 Apr 2023
Source of News: Edisi UKAS
 

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Wilayah Sarawak di sini pada Isnin.

Lawatan ini bertujuan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan perkongsian yang kukuh antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan CAAM Sarawak.

Rombongan MOTS yang diketuai oleh Dato Sri Lee turut diberikan taklimat oleh Pemangku Pengarah CAAM Sarawak Petrus Coupon Lim mengenai operasi terkini dan projek-projek pembangunan CAAM di Sarawak.

Selain itu, perbincangan juga menyentuh isu penerbangan awam di Sarawak termasuk peralatan komunikasi di lapangan terbang dan STOLports (Short Take-Off and Landing) serta meneroka potensi bidang kerjasama antara MOTS dan CAAM Sarawak.

Para delegasi juga diberikan pandangan mendalam tentang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan kawalan trafik udara serta meninjau tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam memastikan operasi trafik penerbangan selamat, lancar dan teratur.

Turut mengiringi Dato Sri Lee ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, Penasihat Teknikal Sio Yew Hua dan Ketua Bahagian Penerbangan Zulkarnain Rosli.




Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 22 Mar 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement