News

 

MOTS AMBIL SERIUS ISU KESESAKAN DI ICQS

Posted on 05 May 2023
Source of News: Edisi UKAS

LIMBANG: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memandang serius isu kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Sarawak iaitu di Limbang dengan Brunei Darussalam.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, bagi mengatasi isu itu, beliau akan mengesyorkan kepada pihak atasan untuk menaik taraf kemudahan dan sistem di ICQS berkenaan bagi membolehkan aliran trafik lancar. 

Menurutnya, Jawatankuasa Pengangkutan Awam Bahagian Limbang (DPTC) telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengangkutan Awam Bahagian Limbang di Pejabat Residen Limbang pada Rabu.

Mesyuarat tersebut telah membincangkan banyak isu berkaitan pengangkutan termasuk kesesakan di ICQS antara Sarawak dengan Brunei Darussalam terutamanya di Limbang.

Selain itu, ahli DPTC juga memohon pembinaan kemudahan parkir untuk kenderaan berat di Pekan Limbang dan Lawas ekoran ketiadaan kemudahan parkir yang sesuai untuk lori dan treler. 

Dalam pada itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai keperluan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Limbang atas permintaan penduduk tempatan. 

Justeru itu, Dato Sri Lee memohon PUSPAKOM agar mengkaji sepenuhnya kemungkinan untuk menubuhkan cawangan mereka di Limbang. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap MOTS, Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Julin Alen, Ketua Bahagian Pengangkutan Laut dan Sungai, Teo Swee Ann, Penasihat Teknikal Bahagian Penerbangan, Sio Yew Hua dan wakil Residen Limbang, Jaenly Marten.



Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 19 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement