News

 

SARAWAK SASAR PENGANGKUTAN AWAM DI KUCHING SIFAR KARBON, GUNA HIDROGREN DAN ELEKTRIK

Posted on 22 Jun 2023
Source of News: Edisi UKAS

KUCHING: Sarawak mensasarkan pengangkutan awam di Bandaraya Kuching bebas karbon dan menggunakan sepenuhnya tenaga hidrogen dan elektrik menjelang 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, dengan adanya sumber hasil tenaga yang boleh diperbaharui itu sekaligus dapat mengurangkan kesan perubahan iklim di seluruh dunia.

“Kami turut bekerjasama dengan Korea dan Japan untuk mencipta sumber tenaga hidrogen, ia bebas karbon dan Sarawak akan mensasarkan pengangkutan awam di Bandaraya Kuching bebas karbon dan sepenuhnya menggunakan tenaga hidrogen, elektrik menjelang 2030.

“Ia merupakan langkah kami untuk menjadikan Kuching sekaligus menjadi bandar pintar dengan penggunaan komunikasi digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam ‘Shape The World Summit 2023’ di sini pada Rabu.

Penganjuran persidangan ‘Shape The World’ adalah untuk membincangkan cabaran yang dihadapi dunia termasuk berdepan perubahan iklim dengan penyertaan lebih kurang 300 peserta dan delegasi.

Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, Singapura dan Sarawak boleh bekerjasama dalam bidang tertentu khususnya berkenaan dengan ekonomi hijau.

“Mereka (Singapura) ada kepakaran, kita (Sarawak) ada sumber, jadi biarlah kedua-dua ini bergabung untuk membangunkan industri berasaskan tenaga hijau.

“Di pihak saya, saya hanya mempermudahkan, dan saya memandang ke hadapan untuk ekonomi masa hadapan,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Professor Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta tetamu jemputan yang lain.





Edisi UKAS


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 03 Dec 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement