News

 

Perkhidmatan Bas Pintar Percuma di Miri catat peningkatan penumpang yang ketara

Posted on 06 Nov 2024
Source of News: Utusan Borneo

 

KUCHING: Perkhidmatan Bas Pintar Percuma di bandar raya Miri telah mencatatkan peningkatan jumlah penumpang yang ketara sejak ia dilancarkan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini turut memupuk ikatan kekeluargaan melalui ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menggunakan bas awam semasa percutian hujung minggu berbanding memandu kereta sendiri.

Menurutnya, pengangkutan awam kekal sebagai topik penting di Sarawak, selain penting kepada pertumbuhan ekonomi yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Sehubungan itu katanya, projek terkini kerajaan negeri seperti Bas Pintar Miri, menggantikan bas lama dengan model Volvo moden dan memperkenalkan sistem bas pintar tambang sifar disasarkan untuk mengubah pengangkutan awam.

Ini merupakan antara perkara yang dibincangkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak (SPTC) pada Isnin.

Semasa mesyuarat juga, Lee memberitahu bahawa kerajaan persekutuan telah memberikan tender untuk 56 bas baharu di Kuching, dijangka tiba pada awal 2025, seterusnya memodenkan pengangkutan awam di bandar raya itu. 
 
Lee seterusnya menekankan kepentingan usaha kolaboratif antara kerajaan dan sektor swasta dalam menangani cabaran dan isu pengangkutan awam di Sarawak.

Menurutnya, penubuhan Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak telah menyediakan platform bersatu untuk pihak berkepentingan membincangkan isu pengangkutan awam dan berinovasi penyelesaian. 

Beliau turut menekankan latar belakang pembentukan Jawatankuasa Pengangkutan Bahagian yang ditubuhkan pada 2020 dan dipengerusikan oleh penduduk masing-masing. 

Ia katanya, bertujuan membantu meneliti isu setempat yang boleh diselesaikan secara pentadbiran dan mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan tempatan mengenai hal pengangkutan.

Jawatankuasa itu juga katanya, boleh mengemukakan cadangan kepada SPTC, termasuk cadangan projek untuk menyelesaikan infrastruktur pengangkutan tempatan mereka bagi menangani isu pengangkutan di peringkat bahagian.

Selain itu, projek infrastruktur utama turut dibincangkan termasuk lapangan terbang antarabangsa yang baru diumumkan dan cadangan naik taraf Lapangan Terbang Miri dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Malah, kemas kini turut disediakan mengenai projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang sedang dilaksanakan di Kuching, dengan tender dipanggil untuk Garisan Merah dan Biru, dan kemajuan projek sungai seperti Pontoon Wharf di Bintangor dan Sibu.


Source: 

 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 14 Nov 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement