News

 

MOTS bercadang mempromosikan inisiatif pengangkutan baharu seperti konsep park-and-ride

Posted on 06 Nov 2024
Source of News: Utusan Borneo

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak  (MOTS) bercadang mempromosikan inisiatif pengangkutan baharu seperti konsep park-and-ride bagi menangani cabaran yang semakin meningkat membabitkan kesesakan lalu lintas bandar khususnya di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, model park-and-ride membolehkan penumpang meletakkan kenderaan di lokasi pinggiran dan menaiki bas ke pusat bandar.

Inisiatif ini katanya, dilihat sebagai penyelesaian yang bakal mengurangkan bilangan kenderaan memasuki kawasan bandar yang sesak.

"Kita juga meneroka cara untuk menggalakkan lebih banyak pilihan mobiliti mampan seperti berbasikal dan berjalan kaki.

“Bagaimanapun, ini memerlukan perubahan kepada perancangan dan infrastruktur bandar kita seperti pembinaan lebih banyak laluan pejalan kaki berbumbung dan laluan berbasikal yang lebih selamat dan mudah diakses. Kita juga mesti memupuk rasa tanggungjawab sivik yang lebih besar untuk memastikan sistem ini digunakan dengan sewajarnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Trafik Bandar Sarawak (SUTMaC) pada Isnin. 

Menurutnya, selain konsep park-and-ride, mesyuarat itu turut bersetuju dengan cadangan MoTS untuk pengembangan berterusan rangkaian pengangkutan awam, termasuk lorong bas khusus dan sistem keutamaan isyarat bas yang dipertingkatkan.

Selain itu, untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas terutama di bandar, Lee menyatakan bahawa salah satu penyelesaian utama ialah menambah baik pilihan pengangkutan awam di Sarawak.

Berdasarkan lawatan penanda aras baru-baru ini ke Seoul, Korea, Lee menjelaskan bagaimana sistem pengangkutan awam Seoul yang menampilkan lebih 7,000 bas, lorong bas khusus dan rangkaian MRT yang luas - telah berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar.

“Di Seoul, sekitar 60 peratus penduduk bergantung kepada pengangkutan awam. Ini adalah sesuatu yang perlu kita pelajari,” katanya.

Selain menambah baik pengangkutan awam, mesyuarat turut membincangkan penggunaan teknologi untuk mengoptimumkan pengurusan trafik.

Lee juga menyebut bahawa MoTS telah merintis teknologi baharu dalam pelaksanaan sistem keutamaan isyarat bas, yang memberi keutamaan lampu hijau bas di persimpangan trafik, mengurangkan kelewatan dan meningkatkan ketepatan masa.

Source: 


Copyright ©2020 Sarawak Government
Last Updated On 14 Nov 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm & 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am & 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement