Menurut hantaran di Facebook rasmi Premier Sarawak, ‘Sarawakku’, perkara itu disentuh ketika Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Xing Weiping, di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.
Pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkara yang mempunyai kepentingan bersama.
Delegasi itu turut disertai Naib Konsul General Song Changhong, Konsul Zeng Haoyao, Naib Konsul yang juga jurubahasa Zhan Haoyu dan Naib Konsul Gao Xiaoyu.
Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Datu Lester Matthew, Pengarah Unit Diplomasi Tenaga dan Iklim Sarawak (SACED) Dr Angelia Liew San Chuin dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) Mohamad Lofti Tuah.
Kredit: Utusan Borneo 2026