CILTM Sarawak perkukuh kerjasama industri logistik

Posted on 12 Oct 2026
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/2026/10/11/ciltm-sarawak-perkukuh-kerjasama-industri-logistik
KUCHING: Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sarawak komited memperluas kerjasama dengan kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), universiti dan pemain industri bagi memperkukuh pembangunan sektor logistik dan pengangkutan di Sarawak.

Pengerusi CILTM Seksyen Sarawak Dr Kennedy Paing berkata, usaha itu termasuk memperkenalkan program latihan bersesuaian bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dalam industry berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Fast Track CILTM 4+1 anjuran United Vision Academy (UVA) untuk Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), selepas program dua hari itu berakhir di Kuching semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap MOTS Mohamad Lofti Tuah serta Timbalan Presiden CILTM Malaysia Dr Zawiah Abdul Majid dan peserta seminar.

Menurutnya, program memberi pendedahan kepada peserta dalam tiga bidang utama iaitu kastam dan penghantaran, pengurusan pengedaran logistic dan perolehan serta metodologi penyelidikan dan strategi perniagaan.

"Saya yakin program ini memberikan pengetahuan dan pemahaman tambahan yang boleh diaplikasikan dalam bidang tugas masing-masing.

"Pembelajaran tidak pernah berakhir. Kita perlu terus menimba ilmu, meneroka dan memahami pengetahuan baharu di luar skop tugas harian terutama dalam industri logistik dan pengangkutan yang sentiasa berubah," katanya.

Kennedy turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) atas sokongan dan penyertaan pegawai kanannya dalam program itu selain mengucapkan terima kasih kepada peserta, pensyarah dan fasilitator atas komitmen sepanjang latihan berkenaan.

Beliau berharap inisiatif itu menjadi landasan kepada kerjasama lebih erat antara CILTM dengan pelbagai agensi kerajaan dan sektor industri di Sarawak.

Katanya, selaras dengan penekanan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap kepentingan sektor logistik dan pengangkutan dalam pembangunan ekonomi serta perindustrian negeri, CILTM Sarawak akan terus mempromosikan program berkaitan kepada organisasi berkenaan.

Kredit: Frankie Junau, Utusan Borneo 2026



Copyright © 2020 Sarawak Government
Last Updated On 12 Oct 2026

OPERATING HOURS

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm, 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am, 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holidays
Closed

image Polls
image Announcement