MOTS mahu pegawai terjemah ilmu profesional kepada hasil kerja berkualiti

Posted on 13 Oct 2026
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/2026/10/12/mots-mahu-pegawai-terjemah-ilmu-profesional-kepada-hasil-kerja-berkualiti
KUCHING: Pegawai Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) perlu menterjemahkan ilmu dan kelayakan profesional kepada peningkatan kualiti perkhidmatan, kecekapan kerja serta keberkesanan membuat keputusan.

Timbalan Setiausaha Tetap MOTS Mohamad Lotfi Tuah berkata pembangunan kompetensi profesional penting bagi membolehkan pegawai menangani cabaran sektor pengangkutan dan logistik yang semakin kompleks.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pembentangan kertas projek bersepadu dan sesi viva voce bagi Program Fast Track Professional Qualifying Examination (PQE) anjuran The Chartered Institute of Logistics and Transport in Malaysia (CILTM).

Menurutnya, pencapaian peserta ke peringkat pembentangan dan penilaian lisan itu mencerminkan komitmen serta kesungguhan mereka meningkatkan pengetahuan dan kelayakan profesional.

"Ilmu dan kelayakan professional dalam perkhidmatan awam perlu diterjemahkan kepada hasil yang nyata, termasuk peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan, penambahbaikan proses kerja dan penyelesaian masalah secara lebih sistematik," katanya.

Lotfi berkata pegawai juga perlu berfikiran strategik, mengenal pasti ruang penambahbaikan dan mengemukakan idea praktikal yang memenuhi keperluan semasa.

Beliau berkata sesi 'viva voce' bukan sekadar penilaian, tetapi peluang kepada peserta membuktikan kefahaman, kemahiran analitikal dan keupayaan mengaplikasikan ilmu dalam situasi kerja sebenar.

Beliau turut menggesa peserta meneruskan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan kemahiran mereka kekal relevan dengan perkembangan teknologi, perubahan dasar dan keperluan masyarakat.

Katanya, perubahan berterusan dalam sektor pengangkutan dan logistic menuntut pegawai sentiasa meningkatkan pengetahuan serta bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran baharu.

Hadir sama ialah Pengerusi CILTM Seksyen Sarawak Dr Kennedy Paing dan Timbalan Presiden CILTM Malaysia Dr Zawiah Abdul Majid.

Kredit: Utusan Borneo 2026



Copyright © 2020 Sarawak Government
Last Updated On 13 Oct 2026

OPERATING HOURS

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm, 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am, 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holidays
Closed

image Polls
image Announcement