Projek KUTS Fasa 1 catatkan kemajuan fizikal keseluruhan 49% setakat September 2026

Posted on 20 Oct 2026
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/2026/10/19/projek-kuts-fasa-1-catatkan-kemajuan-fizikal-keseluruhan-49-setakat-september-2026
KUCHING: Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 mencatatkan kemajuan fizikal keseluruhan sebanyak 49 peratus setakat September 2026, berbanding sasaran 53 peratus, menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, operasi rintis sistem Autonomous Rapid Transit (ART) disasarkan bermula menjelang akhir tahun ini menerusi Laluan Biru Fasa 1 dari Rembus ke Northbank.

“Laluan ini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 88 peratus berbanding sasaran 97 peratus. Dua unit ART pertama telah tiba di Kuching, manakala dua lagi dijangka tiba menjelang akhir tahun ini.

“Dalam fasa ini, kontraktor dan pengendali akan menilai prestasi, keselamatan serta kesiapsiagaan operasi sistem berkenaan, selain menangani sebarang kekurangan sebelum operasi komersial dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, pembinaan Laluan Hijau akan dimulakan pada suku pertama 2027, susulan kemajuan kerja pembinaan Laluan Biru dan Laluan Merah yang sedang berjalan.

Projek KUTS yang bermula pada November 2022 dengan pembinaan Depot Rembus sebagai komponen pertama itu merangkumi Laluan Biru, Laluan Merah dan Laluan Hijau, disokong oleh Loji Hidrogen Rembus.

Apabila siap kelak, sistem itu dijangka menyediakan rangkaian pengangkutan awam bersepadu di Kuching, sekali gus menawarkan alternatif pengangkutan lebih mampan, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan karbon serta menyokong matlamat Pelan Induk Pengangkutan Bersepadu Sarawak.

Kredit: Hafizah Abdul Hamid, Utusan Borneo 2026



Copyright © 2020 Sarawak Government
Last Updated On 20 Oct 2026

OPERATING HOURS

Monday - Thursday
8:00 am to 1:00 pm, 2:00 pm to 5:00 pm

Friday
8:00 am to 11:45 am, 2:15 pm to 5:00 pm

Saturday, Sunday & Public Holidays
Closed

image Polls
image Announcement